Tuesday, November 29, 2011

The Best Moment in My Life


"chocolate gardenia with hot tea"






"what do you think?


"and cutting...again and again and again..and up and down up and down and"


Alhamdulillah...its over....my first time...and it is "sah and halal"



*the picture can say what i feel this time...the best moment in my life....♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Saturday, November 26, 2011

Mama...



mama adalah satu perkataan yang terlalu besar nilainya..mama yang akan dicari bila di timpa kesusahan...tapi kita tidak pernah menghargai jasa mama...

dan lagu ini dituju khas untuk adik-adik yang saya sayang....tiada pilih kasih untuk kamu semua walaupun kamu semua selalu menyakiti hati saya...=(..*hargailah jasa mama untuk kita*

*hargailah penat lelah mama untuk kita...
*hargailah kasih sayang mama untuk kita...
*hargailah apa yang telah mama korbankan untuk kita...
*begitu besar pengorbanan mama untuk kita....


♥♥♥♥sayang mama♥♥♥♥♥


video



Thursday, November 24, 2011

Just To Sharing...



...... hanya menjawab pertanyaan seorang makcik mengenai kemana duit pinjaman yang kami dapat pergi...dan untuk pengetahuan makcik...kami pelajar tidak pernah sia-siakan hasil pinjaman yang kami dapat....pinjaman yang kami dapat lebih kurang rm2000..dan duit itu kami gunakan untuk......

belanja buku = rm200 (buku semua mahal2 makcik)
tugasan = rm100
belanja makan= rm 5 x 30hr x 5bulan=rm750
segala benda macam kursus dan program = rm100
tiket balik kampung 2x cuti = rm 200
belanja balik kampung = rm50
segala benda barang keperluan = rm100
temuramah tugasan = rm100
so total semua lebih kurang rm1600...ada baki rm400...agak-agak la duit baki tue kami buat pe ye makcik?

cube kita tengok balik...
*duit buku..klau 7subjek bpe bnyak duit yg kne keluar..purata harga sebuah buku..rm70
*duit makan...menu satu malaysia pn dh rm 3.50..belum tmbh air lagi...tue bru sekali makan...makan malam????
*duit barang keperluan...semua barang mahal sekarang...nk beli teh uncang pn pikir 10 kali...huhuh...belum lagi termasuk beli roti, biskut,maggi, milo, smua la makcik....uhuh

dan kenapa maggi terlalu famous dikalangan pelajar...ni jawapan yg terbaik...ehehe

pinjaman yang kami dapat terlalu besar nilainya....begitu berharga...cuba bayangkan kalau takde pinjaman...alamak tak sambung belajar la jwabnya...huhuh....

mcm ni keadaan kami lepas belajar....huuhuhuh

p/s>just sharing....xde kaitan dgn sape2....

Wednesday, November 23, 2011

Hati...




Apa yang paling mahal yang ada di dirimu?

Hati.

Jika hatimu dijual, maka dirimu

menjadi manusia tidak bernilai..

Tika hati di rundung seribu keresahan.

Sejuta derita. Aku selalu bertanya

pada diri. Kenapa mesti aku? Kenapa

kena pada aku? Kenapa aku? Lalu

aku berkata pada hati. Wahai hati. Janganlah kau bersedih. Kerana

perkara sedih kamu itu akan

mengimbau kau kepada kenangan lalu. Kenangan lalu itu mungkin akan

memadan secebis kesempatan yang ada.

Janganlah bersedih hati, kerana bersedih itu akan membuatkan muka

menjadi muram. Semangat dirimu akan hilang.


Jangalah rasa bersedih wahai hati, kerana di khuatiri kau tidak percaya

pada takdir Allah. Sabarlah wahai hati.

Janganlah bersedih wahai hati, kerana dengan rasa sedih hati akan

membuatkan syaitan tertawa gembira melihat telatah kamu. Kerana kau

telah putus asa.

Wahai hati, tersenyumlah. Kerana dengan senyuman akan membuatkan

diri kamu rasa bahagia dan hilang tekanan. Wahai hati, Allahkan ada.

Kembalilah padaNya,tingkatkanlah kesabaran dalam hatimu.

Tabahkanlah hati mu. Kerana jalan yang sedang kamu lalui banyak

cabangnya. Jadikanlah hatimu setenang air di kali....




p/s >copy paste dari tautan hati....

S@y@....

kehidupan seorang pelajar memerlukan kekuatan dalaman yang begitu kental..manakan tidak, setiap hari jadual dipenuhi dengan segala benda kerja, aktiviti, program, dan kursus..mana waktu rehat?orang cakap kena ada rehat juga tapi dimana waktu nk selit waktu rehat...waktu rehat kami hanyalah waktu tidur...itupun hanya beberapa jam sahaja...hari-hari biasa dipenuhi dengan jadual kuliah, waktu perpustakaan, discussion, waktu untuk siapkan segala tugasan, ulangkaji untuk quiz dan midterm...manakala hujung minggu pula akan ada kursus, interviewuntuk tugasan, aktiviti kolej...Ya Allah....padat sungguh...masa 24/7 itu ibarat tidak mencukupi jika tidak manfaatkannya...berada di universiti mengajar kita semua perkara...bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya....semua perkara perlu diuruskan sendiri..berlainan dengan zaman persekolahan dahulu...semuanya ibu dan ayah yang uruskan...baju sekolah pun ibu yang basuh...tapi di universiti?duit sekolah ayah bekalkan..cukup untuk sehari...tapi sekarang,,walaupun hanya bawa rm10 keluar dari bilik untuk ke kuliah belum tentu lagi cukup...itupun penat berjimat cermat....

kehidupan seorang pelajar memerlukan jiwa yang kental...

kehidupan seorang pelajar memerlukan hati yang tabah...

kehidupan seorang pelajar memerlukan semangat yang membara..

kehidupan seorang pelajar memerlukan pelbagai sokongan...

dan kehidupan seorang pelajar juga memerlukan seorang teman yang memahami....

p/s :luahan hati..=(

Thursday, November 17, 2011

17 November 2011

Allhamdulillah...syukur kepada Yang Maha Esa...masih lagi di beri peluang untuk menikmati kehidupan di dunia...3 tahun yang lalu..."awak kena buat operation, kalau biar macam tue pun belum tentu awak boleh sembuh"...doktor zul...Ya Allah... sy kne masuk dewan bedah ke?sy kena bedah ke?rambut raya kena potong ke?saya boleh hidup lagi ke?ada risiko ke tak?berapa peratus risiko yang penyakit saya boleh hilang?ALLAHUAKBAR...betapa hebatnya ujianMu kepada ku...tapi aku redha YaALLAH...ku tahu bahawa sakit itu penghapus dosa...dan pada

17november 2008 (6AM) solat subuh...tafakur..muhasabah...berteleku di pelapik solat..

17november 2008 (8AM) mama aba adik2, arwah bapa saudaraku yang paling ku sayang, sepupuku, datuk dan juga nenek datang menemaniku...YaAllah...mereka datang memberiku semangat untuk terus berjuang dalam melawan penyakit yang ku hadapi....

17 november 2008 (11AM)tarikh yang begitu menakutkan.. "dik, tukar baju putih ni..makan ubat ni...."menitis air mata tanpa sedar....masuk dewan bedah tanpa rela...apa yang diingati pada masa itu adakah umurku masih panjang untuk terus hidup....dan air mata terus menitis dan kemudian tidak sedar diri......

17 november 2008 (6PM) sedar dari kesan ubat bius..terasa sesuatu ditarik dari dalam tubuhku...kuar segala wayar2 yang dimasukkan melalui hidung dan mulut..kiri kanan tangan terasa begitu lenguh sekali...

17 november 2008 (7PM) ditolak masuk kedalam wad...

17 november 2008 (10.30PM) sedar dan terus memanggil ibu ku...orang yang pertama ku cari...tapi sayang..mama balik..=(.... tapi datuk dan aba ada bersamaku...seperti kanak-kanak kecil yang terlalu manja...meminta air...tapi...hanya sedikit sahaja yang dibenarkan...2hari ku berpuasa...=(....kepala mula berdenyut...kesan ubat semakin hilang...pedihnya....tapi terubat bila bersama orang yang ku sayang dan juga panggilan dari sahabat2 ku bertanya khabar...=)

17 november 2008 memberiku seribu kenangan....semoga terus kekal dalam sanubari ini....insyaAllah...


*hari seterusnya...seperti mereka yang lain...lepas buat pembedahan..makan nasi lembik bersama ikan bakar...dan yang paling seronok bila tidak dibenarkan buat kerja...rehat je...=P

*tarikh ini begitu bermakna dalam kehidupanku....tarikh yang penuh dengan liku-liku kehidupan...

*dan tarikh ini ku................................................=)

*semoga ku terus diberi nikmat kesihatan...INSYAALLAH...

Tuesday, November 8, 2011

The times...


memang benar kata-kata prof ismail.. masa itu ibarat nyawa, lebih penting dari emas...ye la..mmg sangat la btol sbb nyawa mmg kita xboleh beli...mana ada jual kt mana-mana...sama juga dengan masa..xde org jual pun...tapi emas ada orang jual...hhmmm....cuti 3 bulan yang diberikan oleh KPM kepada pelajar universiti terlalu berharga..walaupun hnya duduk dirumah, makan, minum, online, layan muvie..masa itu terlalu berharga...dapt menikmati semua itu dengan senang lenang tanpa pikir masalah...tapi sekarang..cuti yang diberikan selama 2 minggu lebih kurang bukan untuk cuti semata-mata..ianya cuma sekadar cuti untuk balik kampung dan tidak perlu hadir ke kelas...tapi cuti untuk siapkan asgmnt dan study utk midterm exam...huaaawaaaaa....langsung xde masa rehat..inilah pengorbanan sebagai seorang pelajar..mengorbankan masa bersama keluarga...huhuh.....dan firman Allah dalam surah al-asr....

"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran. Yang berpesan-pesan dengan Kesabaran.

dan pesan Nabi kita Muhammad Rasulullah....
"rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara

pertama:masa sihat sebelum sakit
kedua:masa kaya sebelumdatangnya masa sempit(miskin)
ketiga:masa lapang sebelum tiba masa sibuk
keempat:masa mudamu sebelum datang masa tua
kelima:masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi

*hargailah masa yang ada walaupun hanya seminit...
p/s> jadual yang padat untuk minggu depan...Ya Allah..permudahkanlah segala urusanku....


andai dapat ku putarkan masaku sendiri.....=(

Sunday, November 6, 2011

~Take The Risk!!



Risiko menjadi kita lebih matang dalam kehidupan tapi tidak semua risiko kita mampu hadapi...namun dalam kehidupan kalau xde risiko xde masalah bukan kehidupan...ambillah risiko sebagai satu cabaran kehidupan...





p/s>;sy telah mengambil risiko dalam sesuatu perkara dan telah jatuh ke dalam jurang yang terlalu dalam...dan kesannya sangat mendalam....=(