Sunday, April 29, 2012
-Wanita-Women-Girl-Daughter-
Lihat sahaja peraturannya..
-Aurat wanita lebih banyak daripada lelaki
- Wanita perlu meminta izin dari suami bila hendak keluar, tetapi tidak sebaliknya.
- Wanita menerima harta warisan hanya setengah dari bahagian lelaki
- Wanita wajib taat pada suami, tapi tidak sebaliknya
- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri
- Wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki Tapi, pernahkah kita melihat kenyataan sebaliknya..
- Benda yang mahal harganya akan dijaga serta disimpan di tempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita, - Wanita perlu taat pada suami. Tapi tahukah? Lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya
- Wanita menerima warisan lebih sedikit dari lelaki. Tapi tahukah? Harta tersebut menjadi milik peribadi wanita dan tidak perlu diserahkan pada suaminya sementara lelaki apabila menerima warisan, dia perlu bahkan wajib menggunakan hartanya untuk anak isterinya.
- Wanita memang harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Tapi tahukah? Bahawa saat mengandung hingga melahirkan maka setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk Allah di muka bumi, dan tahukah? Jika ia meninggal kerana melahirkan maka dia syahid dan syurga menantinya.
- Tahukah? Di akhirat kelak seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
- Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, sementara bagi wanita jika taat pada suaminya, serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjidah fi sabillillah tanpa perlu mengangkat senjata.
- Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu syurga mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat, yakni: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatannya.
Wahai saudariku sesama Agama, tidakkah beberapa perkara di atas menjadikanmu bersyukur telah dilahirkan sebagai seorang muslimah. Jika kaum wanita mempunyai puluhan alasan untuk menuduh Islam sebagai agama pengekang kebebasan wanita, maka Islam punya ratusan bahkan ribuan pembelaan bahawa ajaran Islam adalah Rahmatan lil ‘alamin. Tak satu makhluk pun yang dizalimi dengan adanya syariat-Nya kerana Allah lebih tahu apa yang tidak kita ketahui.
TIDAK SUKAR MENJADI SEORANG WANITA KERANA WANITA PENUH DENGAN KELEBIHAN. BERBANGGALAH MENJADI SEORANG WANITA...
Friday, April 27, 2012
Wednesday, November 23, 2011
Hati...

menjadi manusia tidak bernilai..
Sejuta derita. Aku selalu bertanya
kena pada aku? Kenapa aku? Lalu
perkara sedih kamu itu akan
Janganlah bersedih hati, kerana bersedih itu akan membuatkan muka
Jangalah rasa bersedih wahai hati, kerana di khuatiri kau tidak percaya
Janganlah bersedih wahai hati, kerana dengan rasa sedih hati akan
Wahai hati, tersenyumlah. Kerana dengan senyuman akan membuatkan
Saturday, October 29, 2011
Nota untuk DIA
mohonlah padaNya...sesungguhnya..DIA lah yg dapat membantu hambnya....Saturday, October 8, 2011
perlu ke?
Friday, October 7, 2011
bicara dr zaharudin...

Thursday, October 6, 2011
The Beauty of Islam

Monday, July 25, 2011
~Bunga Sang Mujahid~
Aku petik bunga yang indah ini,
Agar ia hiaskan taman sanubariku,
Wanginya semerbak dalam kamar hatiku,
Cantiknya berseri dalam hari-hariku.
Saat aku melamar kamu dulu,
Senyum ayu kamu berikan,
Bergetar jiwa aku tika itu,Membara rasa cinta ini.
Aku ingat lagi tika itu,
Setelah kamu halal aku miliki,
Tangis syukur yang kamu hadiahkan,
Sekali lagi kamu senyum kepadaku,
Bergetarlah jiwa aku melihatnya,
Bahagianya bukan kepalang.
Oh bungaku,
Kamu tersangatlah indah padaku,
Sentiasa kembang mekar,
Durimu tidak pernah melukakan aku,
Harummu menyenangkan perjuanganku.
Wahai bidadariku,
Api cinta yang kamu nyalakan ini,
Semarakkan lagi semangat dakwahku,
Sabarnya kamu menemaniku,
Di bawah sayap ini kamu setia menunggu,
Pengorbananmu sayang, aku hargai.
Kejelitaan isteriku tidak bisa digambarkan,
Aku lindungkan ia di sebalik purdah sutera,
Dengan taburan warna merah jambu,
Agar jelitanya itu menjadi santapanku seorang,
Tidak mahu aku kongsikan itu,
Kerana ia begitu istimewa padaku.
Bunga sang mujahid ini,
Dihinggap rama-rama
Iman sentiasa,
Madu solehahnya jelas terasa,
Embunnya mengalir seinfinitinya,
Cintanya ia pada yang Maha Esa,
Dengan taat padaku mujahidnya tercinta.
Keikhlasan cinta kepada Allah,
Kamu buktikan dengan mentaati aku,
Sungguh bungaku yang indah,
Kamu hadiah Allah yang istimewa,
Hadirnya kamu bisa menyembuh duka,
Dengan cinta itu sebagai ubatnya.
Cintamu wahai bidadariku,
Bisa menikam musuh-musuh di hadapanku,
Bisa luluh jiwa-jiwa mereka itu,
Bisa membangkit nafsu jihad bergelora,
Tenang aku memegang panji tiada resahnya,
Barisan hadapan akan aku mara,
Syahid bahagia pasti aku buru,
Kerana adanya kamu menemaniku.
Bunga sang mujahid ini,
Akanku tunas ia sebaik-baiknya.

Tuesday, May 17, 2011
Tuesday, May 10, 2011
~Down with my life~
Wednesday, January 26, 2011
~Istidraj~perkongsian bersama~

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.



