Friday, April 29, 2011

~kecewa~

Saya bukan seorang yang sempurna untuk seseorang yang baik seperti dia..."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

Monday, April 25, 2011

~miss "u"~


merindui cinta hati saya.....=(

Thursday, April 21, 2011

~SAYA BUKAN UNTUK AWAK~


AWAK..... CARILAH PEREMPUAN YANG CANTIK...
KERANA SAYA TAHU KEBURUKAN SAYA TAK X MAMPU MEMBERIKAN SENYUMAN PADA AWAK...


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG KAYA....
KERANA SAYA TAHU KEMISKINAN SAYA TIDAK MAMPU MEMBANTU AWAK DI DALAM KESUSAHAN...


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG BAIK....
KERANA SAYA TAHU KEJAHATAN SAYA AKAN BUAT AWAK BENCI SAYA....


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG BIJAK...
KERANA SAYA TAHU KEBODOHAN SAYA TIDAK MAMPU UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH AWAK...


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG TINGGI AGAMANYA....
KERANA SAYA TAHU KEJAHILAN SAYA AKAN BUAT AWAK SENGSARA DI NERAKA.....


AWAK... CARILAH PEREMPUAN YANG MENYAYANGI AWAK...
KERANA SAYA TAHU SAYANG SAYA BELUM CUKUP BUAT AWAK BAHAGIA...

AWAK... CARILAH PEREMPUAN YANG SIHAT...
KERANA SAYA TAHU SAKIT SAYA AKAN MENYUSAHKAN AWAK....


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG MANIS BICARANYA DENGAN AWAK....
KERANA SAYA TAHU KATA-KATA SAYA AKAN MEMBUATKAN SAYA MELUKAKAN HATI AWAK. SAYA TAK MAHU AWAK TERLUKA...


AWAK..... SAYANGILAH PEREMPUAN YANG SAYANG AWAK...
KERANA SAYA TAHU KASIH DAN SAYANG SAYA TAK CUKUP UNTUK AWAK GEMBIRA SELAMANYA....


AWAK... HIDUPLAH DGN PEREMPUAN YG AWAK SAYANG....
KERANA SAYA TAHU KEMATIAN SAYA AKAN MENYEBABKAN SAYA TINGGALKAN AWAK...


JADI AWAK CARILAH PEREMPUAN YANG TERBAIK UNTUK AWAK...
KERANA SAYA TAHU SAYA BUKAN PEREMPUAN YG TERBAIK UNTUK AWAK...

~ apa yang utama bagi saya adalah awak bahagia ~

awak...terima kasih kerana berjaya membuat hati saya terguris.....


Saturday, April 16, 2011

~Senyum~


manis sizuka tersenyum...masih lagi tersenyum walaupun hati berduka..senyumlah ANIS senyum ..walaupun dalam hatimu terdapat seribu kepedihan, seribu kedukaan, seribu "kemerajukan"...senyum dan sabar...sabar itu perkara mulia...senyum itu sedekah..
senyumlah ANIS...senyumlah..jadikan kepedihan, kedukaan, kemerajukan kamu itu sebagai satu cabaran dalam menempuh kehidupan yang akan datang...

Thursday, April 14, 2011

~Andai Dia Tahu~

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Monday, April 11, 2011

~Saya Belum Sedia~


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...


Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,

kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..


Kerana diammu itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..

menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..


kerana diammu...

itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu...


ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?

yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah


sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..

kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...


bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?


dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,

biarkan ia tetap diam...


kerana...

jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...


biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

kerana yakinlah...


Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..

bersabarlah dalam diammu...

Friday, April 8, 2011

~CINTA~

Bismillahirrahmanirrahim...penuh kesyukuran kupanjatkan kehadrat Ilahi diatas nikmat yang telah diberikan...Alhamdulillah..

Kali ni hati kecik ini mahu bermain-main dengan cinta..bukan seperti selalu..baca document yang ada dalam fail dan copy paste..Ya..cinta..apa yang ada pada cinta..cinta adalah suatu yang abstrak..suatu yang sukar ditafsirkan..suatu yang sukar diterjemahkan..hadir tanpa dipinta pergi tanpa kerelaan..Entah mengapa..malam ni..hadir satu perasaan cinta, kasih, sayang, dan rindu pada "Dia" dan "Mereka"..hadirnya tanpa dipinta..memberi seribu kegembiraan..seribu nasihat yang berguna..menemani dikala kesedihan walaupun tidak fahami sepenuhnya..ya..masih lagi dalam keadaan sedar...cinta tanpa batas itu haram..dan merindui itu zina pada hati ini...tapi sedarlah hati...kamu rindu pada keluarga.....sudah 3bulan tidak pulang kerumah kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang diamanahkan untuk menuntut ilmu dan mencapai cita-cita..cinta saya pada keluarga terlalu tebal...sehingga tiada siapa pun yang mampu mengubahnya..memandang wajah ayah dan ibu...cinta ini semakin mendalam..cinta kepada pengorbanan seorang ayah yang mana tanpa jemu mencari rezeki untuk keluarga..cinta kepada seorang ibu yang tidak pernah jemu mengajar dan mendidik anak-anak...cinta kepada adik-adik yang sentiasa mngubah kesunyian rumah..YaAllah...rindu ini semakin menebal di dalam hati ini...kuatkanlah semangatku...perasaan cintaku semakin mendalam..

abah yang sentiasa menri nasihat dikala lalai..they are always in my heart ...mama yang sentiasa menyokong dikala keresahan..