Showing posts with label ~heart~. Show all posts
Showing posts with label ~heart~. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day



Messanges dari bekas seorang pelajar..9AM (16Mei 2012)


pelajar : selamat hari guru cikgu anis.
saya : maaf, siapa ni?
pelajar : saya...bekas pelajar cikgu.
saya : terima kasih, tapi saya bukan lagi seorang guru, saya seorang pelajar sekarang.
pelajar : xpela cikgu, saya kenal cikgu anis dulu sebagai seorang guru.
saya : =) terima kasih...


Saya hanya guru ganti.. Walau hanya sekejap banyak pengalaman yang saya dapat. Bermacam-macam ragam yang saya temui. Menerima penghargaan dari seorang pelajar merupakan satu perkara yang tidak ternilai, tidak dapat digambarkan dengan perasaan. Besarnya nilai seorang guru. Mendidik, mengajar, melatih anak muridnya untuk menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan.
Dan inilah yang saya lakukan semasa menjadi seorang guru.


Masa aktiviti KH.. cikgu jd PETANI
masa pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
masa kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. ...
masa RMT.. cikgu jd PELAYAN..
masa budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR..
masa ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
masa hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
masa persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI..
masa kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
masa budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU..
masa budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
masa perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF..
masa hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
masa budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
masa budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
masa merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
masa budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS..
masa budak ponteng kelas....cikgu jd MAT REMPIT ...
masa sukan, cikgu jd JURU UKUR,
masa banjir, cikgu jd WAKIL RAKYAT,
masa budak berak dlm kelas cikgu jd TUKANG CUCI TOILET..



♥ ♥ ♥selamat hari guru cikgu anis♥ ♥ ♥


kenangan 2008

antara bekas pelajar..
paling best ..dapat ajar cucu TOK GURU...=)

antara hadiah yang saya dapat....





Friday, April 27, 2012

*terfikir dan tertanya...adakah pilihanku ini tepat...*

Tuesday, April 10, 2012

Married...

apa yang anda faham tentang sebuah perkahwinan?kawan kenal hati budi, couple, merisik, bertunang dan akhir sekali kahwin...tapi dalam sebuah perkahwinan itu banyak perkara yang perlu dilalui...lebih dari sebuah perkenalan antara lelaki dan perempuan...sebuah KEHIDUPAN...sebuah kehidupan yang perlu berkongsi pelbagai perkara dan yang paling penting persefahaman dan perasaan kasih sayang yang terbit dari hati yang ihklas...jangan hanya tahu mengatakan "saya nak kawin" tanpa memahami apa erti perkahwinan...hadir kursus kahwin bukan jalan penyelesaian tapi kursus tersebut merupakan jalan untuk menjadikan ikatan antara dua lebih memahami..kesimpulannya...bersedialah untuk berkahwin...mental dan fizikal perlu kuat...tanggungjawab dalam perkahwinan terlalu besar...dan yang paling penting restu ibu bapa.... p/s> kalau kawan dlu pastu baru mintak restu ok x?huhuhu

Saturday, December 17, 2011

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ Andaiku Adalah Tulang Rusukmu♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥



♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥ •♥•

ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG •♥•
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau bisa mencintai aku apa adanya
Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana.... Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~

• Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga •

Wednesday, October 12, 2011

single or couple...


Single 2 apa?
Couple 2 apa?
Sape tahu?

dan saya...single ke couple?



opkos la sy single.....=)
the answer why im single is.....



Saturday, September 17, 2011

~hatiku milikmu~

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Wednesday, May 18, 2011

~Zauj Pilihan~

10 Sifat Calon Suami Yang Soleh

Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.


9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


11. Jika berhadapan dengan masalah, janganlah mudah melatah dan cepat marah kerana syaitan tidak suka manusia dengan kesabarannya. Maka cubalah untuk bersabar dan terus bersabar, INSYAALLAH akan diberi ketenangan.


12. Cuba untuk mendengar alasan dan teguran, mana tahu di sebaliknya itu terdapat kebenaran dan sebagai panduan diri untuk membaiki diri menjadi lebih baik...


Tiada nasihat lain yang mampu diberikan kepada kaum Hawa selain daripada sabda Rasulullah.Walaupun hadis ini ditujukan kepada kaum Adam tetapi percayalah,hadis ini juga berguna kepada kaum Hawa.


Rasulullah bersabda yang mafhumnya,kahwinlah seseorang disebabkan keturunan,wajah,harta dan agamanya,yang paling baik ialah AGAMAnya.

Hanya orang agama sahaja faham hak-hak wanita,maka PILIHlah yang berAGAMA dan PILIHlah yang MENERIMA anda seadanya,bukan kerana keturunan anda,bukan kerana harta anda,bukan kerana wajah anda,tapi KERANA ANDA ADALAH ANDA..

INSYAALLAH..... :)




*orang sibuk study...kte sibuk blogger...huhuh*



Monday, April 11, 2011

~Saya Belum Sedia~


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...


Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,

kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..


Kerana diammu itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..

menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..


kerana diammu...

itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..

kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu...


ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?

yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...

tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah


sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..

kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...


bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?


dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,

biarkan ia tetap diam...


kerana...

jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...


biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

kerana yakinlah...


Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..

bersabarlah dalam diammu...

Friday, April 8, 2011

~CINTA~

Bismillahirrahmanirrahim...penuh kesyukuran kupanjatkan kehadrat Ilahi diatas nikmat yang telah diberikan...Alhamdulillah..

Kali ni hati kecik ini mahu bermain-main dengan cinta..bukan seperti selalu..baca document yang ada dalam fail dan copy paste..Ya..cinta..apa yang ada pada cinta..cinta adalah suatu yang abstrak..suatu yang sukar ditafsirkan..suatu yang sukar diterjemahkan..hadir tanpa dipinta pergi tanpa kerelaan..Entah mengapa..malam ni..hadir satu perasaan cinta, kasih, sayang, dan rindu pada "Dia" dan "Mereka"..hadirnya tanpa dipinta..memberi seribu kegembiraan..seribu nasihat yang berguna..menemani dikala kesedihan walaupun tidak fahami sepenuhnya..ya..masih lagi dalam keadaan sedar...cinta tanpa batas itu haram..dan merindui itu zina pada hati ini...tapi sedarlah hati...kamu rindu pada keluarga.....sudah 3bulan tidak pulang kerumah kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang diamanahkan untuk menuntut ilmu dan mencapai cita-cita..cinta saya pada keluarga terlalu tebal...sehingga tiada siapa pun yang mampu mengubahnya..memandang wajah ayah dan ibu...cinta ini semakin mendalam..cinta kepada pengorbanan seorang ayah yang mana tanpa jemu mencari rezeki untuk keluarga..cinta kepada seorang ibu yang tidak pernah jemu mengajar dan mendidik anak-anak...cinta kepada adik-adik yang sentiasa mngubah kesunyian rumah..YaAllah...rindu ini semakin menebal di dalam hati ini...kuatkanlah semangatku...perasaan cintaku semakin mendalam..

abah yang sentiasa menri nasihat dikala lalai..they are always in my heart ...mama yang sentiasa menyokong dikala keresahan..