Wednesday, December 8, 2010

Alhamdulillah...masih lagi dpanjangkan umur....
hari ni dh masuk hr ketiga tahun baru hijrah...1432...
setahun lalu..bnyak mengajrku erti kehidupan yang semakin dewasa...dewasa dgn umur...dewasa dengan keadaan...dewasa dgn sikap...malah dewasa sebagai anak....(merapu je =)hhehe
hhmm..mlm bce doa akhir thun aku dgn xsenagja mengalir air mata...terkenangkn umurku yg makin bertambah...dgn amalanku yg masih belum cukup untuk dijadikan sebagai bekalan...huhuh..juga terkenangkn arwah datuk...nenek dn juga arwah bapa saudaraku yg telah meninggal...genap setahun pada 1 Muharram...
Ya Allah...begitu sayu sekali hatiku....
bagaimanakah keadaan mereka disana....moga2 Allah menempatkan mereka dikalangan org2 yg beriman...amin....
hhhmmm...
again...
keliru...
keliru dgn perasaan...
perasaan yg ada dlm diri...
terkenangkn saat2 bahagia...masih merindui dia walaupun hanya sebagai teman biasa..aku sedar siapa aku...(jiwang ngarut lak...ehhehe)




Thursday, December 2, 2010

~BUATMU....INSYAALLAH...~


Aku sedang menanti dia,

Seorang lelaki yang akan bergelar suami,

Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH,

Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah.

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani,

Dia tidak pernah takut untuk berkata benar,

Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri,

Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.

Dia selalu menghiburkan aku

Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran

Dengan zikir-zikir munajat

Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya.

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,

Dia menasihati ku supaya mengingati mati,

Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,

Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.

Dia memang sentiasa kelihatan penat,

Matanya penat kerana membaca,

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,

Badannya letih kerana bermunajat di malam hari.

Dia sentiasa mengingati mati,

Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,

Kita hambaNYA adalah pelakon,

Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,

Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,

Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa,

Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga.

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,

Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula

Sejadah imannya yang terkoyak,

Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.

Dia sentiasa menjaga solatnya,

kerana itulah maruah dirinya,

Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,

Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,

Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya.

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.,

Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,

Kekasih sejatinya dan kekal abadiIaitu ALLAHURABBI.

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga,

Dia ingin mengajak aku ke sana sekali,

Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta,

Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,

Andai dia hilangkan cintanya,

maka hilanglah cintaku pada dia,

Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,

Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.

Siapakah dia..???

Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku,

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,

Doaku, semoga dia tercipta untuk ku,

Semoga aku bertemu jodoh dengan dia,

Kerana,Dia pilihan ku..Amin....

Thursday, November 25, 2010

~DIKALA SENJA~~


Untukmu Bakal Temanku....

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.


dikala senja...sesuai dengan cuaca yang agak suram...begitu juga hati ini...suram..

suram kerana risau memikirkan exam yang akan datang...juga risau akan kertas-kertas bernot ynag makin kurang...

risau dunia semakin tua...umur diri ini juga semakin bertambah... namun ilmu masih belum cukup untuk dijadikan bekalan d masa hadapan...mungkin juga di alam sana..alam yang kekal abadi....

Ya Allah..kuatkanlah semangat aku..kuatkanlah diri ku untuk menempuh segala dugaan yang Engkau berikan kepadaku...tambahkanlah iman di dadaku..

dimana dia ??teman yang ingin ku kongsikan segala kegelisahan ini...kegelisahan di kala senja menjelma...namun siapa aku pada dia.....siapa dia pada aku??


Monday, November 22, 2010

~~AKHIRNYA~~


hhhmmm...akhirnya...selepas beberapa bulan layan blog...edit mngedit...tulis menulis...ku keluarkan juga blog ku dr kepompong sarangnya....dn followerku yg pertama akif aziz...cm ne la dia blh jmpa blog ku yg tersimpan rapi....huhuhu...dimana kwan-kwan ku yg ln???hhhmmmm...una..buat blog kerana assgmntnye...10mrkah...btol x una???hhehh...subjek bm pengurusan yg memerlukan una layan blog...ape pn blog ko mmg terbaik r...blog akademik g2...=)....kyam..lily...bru lyan blog kerana kebosanan mengadap buku...kihkihkihkih...pape pn korg mmg terbaik r...jgn kupe exam tau..xpecially mama aka kyam...mmg tgh lyan gle r blog...edit ngn tmbh gadjet je td...kikikikiik...jgn marah ye...ehheheh...nurul aka klong...pn kne bt blog...kn dh sem last...bt pengubat rindu kami disini....=)

*mata dh ngntok....nk tido...pg esk mau bgn awal..smbg study...da 5 paper lg yg nk kne tempuh di medan perang.....huhuhuhu...wish me luck....=)

~LAYAN~


cinta...ape itu cinta...

*cinta pada Allah...

*cinta pada rasul...

*cinta pada ibu bapa...

*cinta pada keluarga...

*cinta pada saudara...

*cinta pada sahabat...

*cinta pada saudara islam...

*cinta pada ""dia""

ini semua cinta...semua bergantung pada diri kita bagaimana mahu melayan perasaan cinta ini...dimana mahu meletakkan cinta ini...tersalah letak padahnya kita yang terima...menanggung seksa...menderita kerana cinta....andai cinta itu cinta yang pasti gapailah ia...peganglah ia...andai terlepas siksa jiwa yang terasa....


jom layan kata-kata ini...hheheeh...


""Dear.. Let me burn my love.. into quiet of your breath.. into the depth of your stillness..

Then my longing flies.. stabs vanishing shadows.. catching the light.. the secret of the stars..

I rend this curtain.. so that my heart, so that the anchor at the shore.. reaches also this pulse..

You are my soul.. I am that I am..""


" Sayang.. malam ini biarkan ku membakar cinta ini di dalam heningnya nafas mu.. di kedalaman sunyi mu.. kemudian biarkan rindu rinduku ini terbang menembus bayang bayang.. untuk ku tangkap cahaya.. menyimpan rahsia bintang bintang.. dan biarkan ku robek tirai ini.. agar sampailah perahu cinta ku di pantai mu.. kau adalah jiwa ku.. kau adalah sukma ku.. aku adalah kamu.. "

Persembahan terbaik untuk dirimu yang tidak kesat mata ku namun kau begitu dekat.. bahkan sudah tiada jarak lagi antara kamu dan aku.. karena kamu ada di dalam palung hatiku terdalam.. You are my eternal flame.. You are the LOVE.. You are my real King coz I'm your Queen.. We are One.. (^,^)""





Sunday, November 21, 2010

~RISAU~



Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.



ya...aku terlalu risau...aku tidak mempunyai teman istimewa seperti teman-temanku yang lain...kawan-kawanku berapa ramai sudah disunting oleh jejaka islam..berapa ramai yang sudah mempunyai serikandi yang akn memperjuangkan islam dimata dunia....apapun..aku yakin..suatu hari nanti akn hadir pahlawan islam dalam hidup ku...ANIS!!!FOCUS UR STUDY...DONT THINK ABOUT LOVE!!!!

Saturday, November 20, 2010

~ALHAMDULILLAH~


Alhamdulillah...setelah lama tidak ku jenguk..akhirnya...petang ni dpat juga singgah di laman Bidadari Syurga. Banyak perkara yang dialami sebulan dua ni...dugaan dengan adik yang penuh dengan masalah.Masalah dengan tugasan kuliah dalam menempuh pelajaran.Alhamdulillah...segalanya dapat ku tempuhi dengan tabah walaupun hati ini kuat menjerit mengatakan tidak kepada semua itu...Banyak yang mahu dikongsi..tapi biarkan ia terus menjadi rahsia hidup..tidak mahu menyusahkan orang lain dengan masalah sendiri..


18/11~~Raya haji yang disambut secara sederhana kerana exam sedang menunggu ku...oh tidakkkk.....hari yang penuh kebahagiaan...sebelah pagi sepupuku tunang dan pada sebelah petang makcik ku pula disunting orang...Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..aku??hhmmm...bila mahu disunting??masih lagi menunggu dan mencari..seorang hamba Allah yang penuh ciri-ciri islam untuk menemani sisa hidup ini...InsyaAllah....


21/11~~Alhamdulilah...business law dapat ku jawab dengan tenang walaupun disaat akhir terlalau gelabah risau takut tak cukup masa yang diberikan...seterusnya fokus pada etika perniagaan,financial management2, microeconomics, islamic economics dan asas keusahawanan...akhir sekali pulang kampung bersama keluarga tercinta..

Monday, July 26, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku


Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


-----@***@-----

Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)



bersediakah kite utk dimiliki dan memiliki??
bersediakah kite utk setia??
bersediakah kite utk memikul tanggungjawab??
semuanye pd diri sendiri...

carilah cinta Ilahi sebelum mencari cinta manusia yg belum tentunye akan kekal...

Monday, June 21, 2010

Meniti Hari...

setiap manusia pasti da masalah...xksah la besar ke kcik ke...yg pasti smua da mslh....btol x??
2blan bercuti...mcm2 mslah yg timbul...tp kne hadapi dgn tabah...tp yg plg ak akn ingt...17 june...satu trkh yg aku akn ingt smpai ble....hhmmm....menitis air mata kerana org aku sayang...=)

cti da lg 3mgu...duduk je kt umah...bosan 2 xyah ckap r...tp pe blh bt....dh xkeje...klau keje bosan ngn budak2 lak...pe xnye...lyan kerenah ngn bermacam2 masalah diaorg....huhu...tp 2 smua pengalaman ak...xkn lupe kn...ehhehe


Saturday, May 15, 2010

pelita hidup...

hhhhmmm....tanpa guru siapa lah kita..xkn kenal ABC..123..besarnye jasa guru terhadap kita..mendidik anak bangsa setiap hari tnpa jemu..menjalan kn tggjwab yg diamanah kan di ats bahu mereka...tp yg pelikinye ble seseorg studnt 2 xseberapa pn pndai...guru yg dsalahkan....npe ye???mereka sedar x yg setiap hari guru selalu mencuba yg terbaik dn mencari jalan yg lebih komprehensif untk mendidik ank2 bangsa...