Wednesday, December 28, 2011

kisah hati..

seorang teman datang dan terus memeluk dan menangis...katanya ingin berkongsi cerita cintanya...sambil memegang tangannya saya meminta dia bertenang dia mula bercerita satu persatu..teman...saya mohon kebenaran berkongsi cerita pada diari ini ye...=)
*******
kawan saya mula mengenali lelaki apabila tamat peperiksaan.Dia mula berkenalan secara rapat dengan seorang lelaki dan akhirnya perasaan sayang itu datang.Berkongsi cerita,suka duka bersama,walaupun dalam jarak yang sangat jauh seorang diutara da seorang di selatan....Bagi saya, lelaki itu baik,ada agama,berpendidikan,bertanggungjawab...Namun seorang lelaki, sejauh mana lepercayaan yang kita berikan belum tentu terbalas.Dalam diam dia mempunyai seorang teman wanita, katanya hanya sahabat baik tapi caranya agak berlainan.Setelah diselidik lelaki itu.........
Setelah hampir dua tahun berhubungan, lelaki itu memohon untuk memutuskan hubungan mereka.Katanya ingin berubah.Mungkin setelah segalanya terbongkar.. Jika ada jodoh mereka akan ketemu kembali dan dengan izin Allah dan keluarga ingin menyatukan hati dengan cara yang halal...
Kawan saya seorang yang setia.Dia terus menunggu dan menunggu akhirnya kecundang apabila lelaki itu berjaya temuinya kembali.Memohon maaf dan akhirnya mendoakan agar dia mencari seorang lelaki yang lebih baik yang mampu menjadi sayap kanan dalam perjuangan....itulah seorang lelaki..bila sayang sanggup bersama tapi bila hati sudah tidak lagi ada perasaan sayang semuanya hilang dengan mudah...

Sahabat..bersabarlah..setiap dugaan akan ada jalan penyelesaian..berdoalah kamu agar kamu di ketemukan dengan seorang zauj yang dapat membimbing kamu di dunia dan akhirat..yang dapat menemani kamu sehingga hari tua.........InsyaAllah..Ia akan hadir kerana Allah telah menciptakan manusia itu secara berpasangan....=)



p/s : kisah ini telah diubah suai untuk mengelak dari ada yang terasa.Ia juga tiada kene mengena antara hidup dan mati...terima kasih sahabat...

No comments:

Post a Comment