Wednesday, January 16, 2013

_ Wanita_

KETIKA HATI WANITA DISAKITI

Tak banyak lelaki tahu bagaimana keadaan hati wanita ketika bersedih.

Wanita marah bukan bererti dia pemarah, melainkan hatinya sedang terluka...

Wanita yang banyak berdiam bukan bererti dia ego dan cuak atau acuh tak acuh, 

melainkan diam lebih baik darinya.

Ketika Hati wanita disakiti, 

mungkin susah di gambarkan dengan apapun,  
namun hancurnya hati wanita ketika disakiti lebih daripada sekadar gelas yang terjatuh dari atas menara "Prakkk"...:)

Ketika hati wanita disakiti,
tak banyak yang dapat dia lakukan,
yang dia tahu hanyalah setitis air mata membasahi pipinya,
yang dia tahu hanyalah dadanya terasa sesak,
yang dia tahu hanyalah sebuah tanda cinta-Nya.

Jika kau ingin mengenggamnya, maka genggamlah dengan halus.
Jika kau ingin melepaskannya, maka lepaskanlah dengan perlahan
kerana dia adalah makhluk yang sangat rapuh.

Jika diibaratkan kaca, maka jangan terlalu kasar membersihkannya kerana dia akan menjadi buram.
Jika kau meletakannya jangan kau baling kerana dia akan pecah
begitupun hati wanita.

No comments:

Post a Comment