Friday, July 26, 2013

::Luahan hati::part 1

Dalam kehidupan...membuat keputusan adalah suatu yang sukar untuk diterjemahkan.
kadang-kadang, decission yang dibuat tidak dapat mengikut kehendak hati yang sebenar.
hhmmm..but now i'm 24 years old already. 
Need to make my own decission to my life...
28 november 2012 until 16 mei 2013----tadika pintar progresif...
kerja sementara...pagi jd cikgu ptg jd babysitter...ops...=p
suatu pengalaman yang agak menarik la...belajar jd penyabar..
mendidik kanak-kanak seawal umur 3 tahun untuk mengenal kehidupan...=0

20mei 2013 hingga 16 jun 2013---Giffarine Skyline Unity (m) sdn bhd.
mula jejak langkah keluar dari kelompok yang kecil untuk masuk kepada yang lebih besar..
bermula sebagai seorang training dan akhirnya sebagai seorang staff pemasaran..Alhamdulillah..rezeki dari ALLAH...

10 julai 2013..
bila kita ikhlas bekerja kerana ALLAH...tanpa merungut sedikit pun apa yang kita dapat insyaALLAH, rezeki yang kita dapat berkat. Siapa sangka, kerja tidak sampai dua bulan sudah ditawarkan untuk menjadi pengurus cawangan. ALHAMDULILLAH...Namun, hati ini tidak betul-betul yakin akan tawaran ini...adakah aku selayaknya atau aku hanya ingin diuji dalam cabaran kehidupan alam pekerjaan.
pangilan demi panggilan ku terima untuk mengesahkan penerimaan ku ini...hhmmm...InsyaALLAH...dengan lafaz yang mulia..aku terima jawatan tersebut..walaupun aku tahu, jawatan tersebut terlalu besar dan sukar bagiku seorang staff baru namun ku perlu buktikan. Dimana kekuatan ku sebagai seorang pemegang ijazah jika tidak ku sahut cabaran ini. Walaupun bidang ini jauh dari pengajian ku, namun akan ku cuba hadapinya dengan kekuatan dan semangat yang tidak putus dari kedua orang tua ku, adik-adik, orang yang tersayang dan juga sahabat baik ku sendiri..."xkn nk berada di tangguk yang lama, keluar dari kepompong.kerja dimana-mana semua ada masalah . Semua kene pandai bawa diri" kata orang tuaku...Ya..aku sahut cabaran  itu!!aku terima..semua untuk masa depanku sendiri..bukan orang lain. aku yang menentukannya...aku jua punya keinginan untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi..InsyaALLAH..master pentadbiran muamalat akan ku sambung hujung tahun ni...belajar lah..bangkit lah..jatuh bangun aku sendiri..bukan orang lain yang menentukan..aku ada DIA yang tidak pernah meninggalkan aku sendiri...tempatku mengadu, memohon pertolongan dan tempat aku meminta.ALLAHUAKBAR!!!




mR...RIgHT


i will love u..always..deep in my heart...



~WANITA~

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.