17november 2008 (6AM) solat subuh...tafakur..muhasabah...berteleku di pelapik solat..
17november 2008 (8AM) mama aba adik2, arwah bapa saudaraku yang paling ku sayang, sepupuku, datuk dan juga nenek datang menemaniku...YaAllah...mereka datang memberiku semangat untuk terus berjuang dalam melawan penyakit yang ku hadapi....
17 november 2008 (11AM)tarikh yang begitu menakutkan.. "dik, tukar baju putih ni..makan ubat ni...."menitis air mata tanpa sedar....masuk dewan bedah tanpa rela...apa yang diingati pada masa itu adakah umurku masih panjang untuk terus hidup....dan air mata terus menitis dan kemudian tidak sedar diri......
17 november 2008 (6PM) sedar dari kesan ubat bius..terasa sesuatu ditarik dari dalam tubuhku...kuar segala wayar2 yang dimasukkan melalui hidung dan mulut..kiri kanan tangan terasa begitu lenguh sekali...
17 november 2008 (7PM) ditolak masuk kedalam wad...
17 november 2008 (10.30PM) sedar dan terus memanggil ibu ku...orang yang pertama ku cari...tapi sayang..mama balik..=(.... tapi datuk dan aba ada bersamaku...seperti kanak-kanak kecil yang terlalu manja...meminta air...tapi...hanya sedikit sahaja yang dibenarkan...2hari ku berpuasa...=(....kepala mula berdenyut...kesan ubat semakin hilang...pedihnya....tapi terubat bila bersama orang yang ku sayang dan juga panggilan dari sahabat2 ku bertanya khabar...=)
17 november 2008 memberiku seribu kenangan....semoga terus kekal dalam sanubari ini....insyaAllah...
*hari seterusnya...seperti mereka yang lain...lepas buat pembedahan..makan nasi lembik bersama ikan bakar...dan yang paling seronok bila tidak dibenarkan buat kerja...rehat je...=P
*tarikh ini begitu bermakna dalam kehidupanku....tarikh yang penuh dengan liku-liku kehidupan...
*dan tarikh ini ku................................................=)
*semoga ku terus diberi nikmat kesihatan...INSYAALLAH...
No comments:
Post a Comment