Wednesday, November 23, 2011

S@y@....

kehidupan seorang pelajar memerlukan kekuatan dalaman yang begitu kental..manakan tidak, setiap hari jadual dipenuhi dengan segala benda kerja, aktiviti, program, dan kursus..mana waktu rehat?orang cakap kena ada rehat juga tapi dimana waktu nk selit waktu rehat...waktu rehat kami hanyalah waktu tidur...itupun hanya beberapa jam sahaja...hari-hari biasa dipenuhi dengan jadual kuliah, waktu perpustakaan, discussion, waktu untuk siapkan segala tugasan, ulangkaji untuk quiz dan midterm...manakala hujung minggu pula akan ada kursus, interviewuntuk tugasan, aktiviti kolej...Ya Allah....padat sungguh...masa 24/7 itu ibarat tidak mencukupi jika tidak manfaatkannya...berada di universiti mengajar kita semua perkara...bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya....semua perkara perlu diuruskan sendiri..berlainan dengan zaman persekolahan dahulu...semuanya ibu dan ayah yang uruskan...baju sekolah pun ibu yang basuh...tapi di universiti?duit sekolah ayah bekalkan..cukup untuk sehari...tapi sekarang,,walaupun hanya bawa rm10 keluar dari bilik untuk ke kuliah belum tentu lagi cukup...itupun penat berjimat cermat....

kehidupan seorang pelajar memerlukan jiwa yang kental...

kehidupan seorang pelajar memerlukan hati yang tabah...

kehidupan seorang pelajar memerlukan semangat yang membara..

kehidupan seorang pelajar memerlukan pelbagai sokongan...

dan kehidupan seorang pelajar juga memerlukan seorang teman yang memahami....

p/s :luahan hati..=(

No comments:

Post a Comment