Saturday, October 22, 2011

Keliru...

@CONFUSED@

Manusia sering saja keliru dalam memilih jalan hidup yang boleh membahagiakan mereka. Manusia sering keliru antara kebenaran dan kepalsuan, antara keseronokan dan kebahagiaan, antara hak dan tanggungjawab, antara kemewahan dan kecukupan serta berbagai kekeliruan yang mengantar manusia kepada kekecewaan dan keputus asaan. Sedangkan kesemuanya itu terlalu berbeza; seperti kegelapan dan cahaya, seperti bergerak dan diam; perbezaan yang tidak pernah ada pertembungan. Jadi darimanakah datangnya segala kekeliruan ini?

~saya keliru dengan tindakan saya...
apakah yang saya sedang lakukan ini adalah benar?
kenapa dia tidak cuba untuk memahami saya...
tersepit diantara benar dan tidak..
bertanyalah pada yang tahu kisah sebenar..
bukan hanya mengambil keputusan untuk menjauhkan diri...
memasamkan muka dan akhirnya memutuskan persahabatan..
sedarlah wahai sahabat...
apa yang menimpa diriku bukan keinginanku sendiri...
ingin sahaja ku ceritakan padamu...
tapi..
hati ini belum tentu lagi kuat untuk berdepan dengan mu...
ku tahu...
kamu sudah pasti akan tersalah anggap dengan apa yang akan ku ceritakan..
tapi inilah kenyataan yang kuhadapi...
senyapnya diri ini dengan mu bersebab...
bukan kerna ingin menjauhkan diri tetapi...
aku risau perkara ini berlarutan...
dan akhirnya kita bergaduh dan berpecah...
kita sama-sama berkongsi cerita tetapi mengenai ini ku tidak sanggup ber
kongsi dengan mu....
hubungan yang dibina tidak ingin ku leraikan sama sekali...
cubalah fahamiku wahai sahabat...
ku terlalu menyayangi dirimu wahai sahabat...



"Persahabatan itu seperti tangan dengan mata,Saat tangan terluka mata menangis,Saat mata menangis tangan menghapusnya...




"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"Ku harap mekar di hati,Agar persahabatan suci ini,Kan terus mantap,Menjadi syafaat,Terukir indah di pintu Jannah.~..

No comments:

Post a Comment